Thursday, December 3, 2009

"Kata-kata Mutiara"

'Kata-kata Mutiara yang indah untuk dibaca'

"Kegagalan adalah permulaan bagi menimba pengalaman untuk berjaya. Bangkitlah dan jangan ulangi kesilapan yang sama, belajar untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah"

"Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan"

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu 'USAHA'

"Ramai orang yang boleh membeli jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga"

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari berbagai alasan"

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit"

1 comment: